Belog ini didedikasikan khas kepada uols-uols yang baru berjinak-jinak dengan OneXox, ketandusan info tentang OneXox, memerlukan panduan tentang perkhidmatan OneXox mahupun yang tengah ricki-ricki peluang cari duit tepi dengan OneXox... Selamat Membaca...

(segala info ini adalah kompilasi dari group-group OneXox di Facebook, blogwalking serta website rasmi OneXox)

Segala kekurangan, harap dimaafkan.

-Admin-

Wednesday, December 3, 2014

TUTORIAL 4 - BAGAIMANA NAK TOPUP ONEXOX?

Assalamualaikum Uols...

Hari nie saya nak kongsikan tentang bagaimana dan di mana nak topup Onexox nie.
Ada yang mengadu susah nak topup Onexox nie.

Ye ker?

Jawapannya YA bagi yang tak tahu dan tak ambil tahu dan TIDAK bagi yang tahu!
So, kepada yang dah tahu tu...sebarkanlah info kepada user yang lain agar mereka sentiasa happy dengan Onexox nie.

Kepada yang belum tahu... jom saya kongsikan ilmu pengetahuan saya ini :-)

Soalan: BILA SAYA BOLEH TOPUP AKAUN ONEXOX?

Bila-bila masa sahaja selepas akaun ONEXOX anda diaktifkan. Akaun ONEXOX berstatus aktif apabila anda berjaya membuat panggilan pertama yang berjawab (call 12273 je senang... free!) setelah akaun prabayar anda didaftarkan.

Soalan: DI MANA BOLEH SAYA DAPATKAN TOPUP ONEXOX?

Ada banyak channel yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan topup ONEXOX.

1. E-RECHARGE - boleh didapati daripada mana2 pengedar sah ONEXOX. Yg nie senang, sebab topup terus masuk ke dalam akaun tak perlu nak masukkan topup code bagai.

2. Slip topup/kod elektronik XOX daripada semua terminal E-PAY, MOL dan 7Eleven - Ingat yer, masa nak topup tu mention cakap nak topup XOX jek. Terminal E-PAY nie sekarang digunakan meluas. Biasanya terdapat di stesen minyak Petronas, Shell, Petron, Caltex..selain tu ada juga kat Jusco la, Giant la.. pendek kata..di mana ada E-PAY di situ anda boleh topup ONEXOX.

3. Melalui portal Self Care - Login ke https://selfcare.xox.com.my/SelfCare/Login. First sekali anda kena daftarkan akaun. Bila dah boleh login, pilih Prepaid Topup dan anda boleh pilih samada untuk topup menggunakan kad kredit ataupun online banking. Meh saya belanja screenshot sikit camne rupanya Self Care nie:


Bank-bank yang boleh digunakan melalui portal Self Care ini adalah:


So amacam..senang? Dengan syarat uols ada akaun online banking dan ada duit dalam akaun lah.

4. Melalui akaun bank BSN online (www.mybsn.com.my) - Seriously! Tak tipu.... most bank-bank kat Malaysia belum support ONEXOX lagi but BSN does! Tapi uols kena pilih untuk topup XOX dan kena key in topup code mcm yang kat E-PAY tadi.

NOTA PENTING: 

1.Sila cakap "Saya nak topup XOX" sewaktu nak beli topup dengan servis E-PAY. Ini kerana, dalam terminal dorg tu cuma tulis XOX jek. Kang uols cakap nak beli topup ONEXOX, dorg cakap x de plak.

2. Topup kat E-PAY dan BSN tu dijual dalam denominasi RM5, RM10, RM30 dan RM50.

Soalan: Bagaimana nak masukkan topup yang ada kod panjang tu?

Senang je. Meh saya ajar:

1. Dail - *132*1*<Pin kod 16-angka># - ini untuk topup akaun sendiri ye!
2. Dail - *132*1*<Pin kod 16-angka>*<nombor telefon># - untuk topup akaun pihak ketiga
3. Sms - REC<jarak>OR<jarak><Pin Kod 16-angka> dan hantar ke 22111
4. Call - Dail 13322 dari nombor ONEXOX anda

Clear tak? Summarise dari apa yang saya kongsikan di atas tu, ada kat bawah nie.



Sebarang kemusykilan, feel free to contact your agen ataupun kat FB (group Soal Jawab Onexox 24/7)

ECA 017-6073815